Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan melalui dua cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh,kaca,serbuk ipoh ,bisa besi dan lain-lain.Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, mimpi ngeri, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh mengikut arah mata angin tempat tinggal musuh.Bahan yang dihembuskan seperti miang buluh atau serbuk kaca akan memasuki paru-paru mangsa dan mangsa akan mengalami pendarahan dalaman (dalam paru-paru).

  • Santau sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi secara bersembunyi.
  • Penggunaan bahan-bahan organik dan kaca dalam penyedian santau juga menyukarkan ia dikesan secara perubatan kerana buluh dan serbuk kaca sukar dikesan sama ada melalui X-ray mahupun ultrabunyi. Hal ini juga punca mengapa pada persidangan Antarabangsa di The Hague di Belanda pada 1899 dan 1907 mengumumkan prinsip St. Petersburg yang melarang penggunaan bahan yang menyebabkan “keseksaan tidak perlu (unnecessary suffering)” atau “kecederaan yang tidak diperlukan (superfluous injury)”. Antara lain ia melarang penggunaan bahan letupan dengan kaca jernih kerana kesukaran pakar bedah mengesannya.

1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup dan kulit kerang. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:


1. Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu
    kecil seperti serbuk kaca.
2. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit
   menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
4. Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
5. Lenguh seluruh anggota badan.
6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
8. Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
11. Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
12. Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
13. Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan
     Islam.
14. Sentiasa sakit pada tulang belakang
15. Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)

Jenis-jenis Santau:

Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam).  Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.
Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghaib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin. 

Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.
Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaitan di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. 
 Inilah serba sedikit penerangan tentang santau dan jenis yang ada..bagi yang berminat menggunakan khidmat kami maka boleh menghubungi kami..

Comments

Popular Posts